BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

September 17, 2010

Keris Perawan

Kusarangkan kasih
Kusemaikan cinta
Kuhunuskan keris

Bagi segenggam bumi yang kuinjak

Sekilas selayang pandang
Kumenari sebagai pendekar
Memeluk alam
jejaka
Membela,

itulah kesaktian pahlawan
Terkaman
sebilah pisau
berlok
Menghentikan kekelaman senja

Dilumuri
kesucian
darah
Titis-titis ditoreh dan dikerah

Kekejaman
Kedaulatan
Terseksa batin meluputkan
kehidupan asal

Jasad dan roh ini
Hanya kaburan bagi yang hidup
Ajal dan maut ini
Ketentuan bagi yang hidup

Bangkitnya aku
Jatuhnya aku
Hanya bagi menentang Portugeuse
Licik menawan
Menakluk
Tanah airku

Berpantang maut sebelum ajal
Walau jari
terputus
Lidah tercacak
dan badan terkulai







March 2, 2010

Titian itu..

Dedaun kian kering
Dahagakan titisan hidup

Bayu tiada nikmat

Berputar hawa berkecamuk

Pokok diragut

Nafas semakin terbatas

Badai seperti ombak asmara

Menelan jiwa manusia

Kini

Hari meniti hari

Langkah mengorak langkah

Jalan bertitian api

Serba serbi hilang

Hilang dirobek insan

Kesengsaraan kehidupan

Atas kelakuan sendiri


March 1, 2010

Kau milikku dan Ku milikmu...


Jangan pisahkan

Kerelaan tiada

Jika dipisahkan jua

Akan kita bersama jua

Di lain pernantian

Darah

Lautan

Gunung

Menjadi saksi

Cinta abadi ini

Akan kekal selamanya

Walau ajal meragut nyawa

Cintakan hidup semula

Ku bersumpah

Atas nama cinta kita berdua

Ku bersumpah...

Atas nama cinta kita, sayang.

Kau milikku dan Ku milikmu...


Mengapa ini harus terjadi pada diriku? Maafkan Putra, sayang. Putra lakukan ini semua kerana Putra tak sanggup melihat sayang derita. Maafkan Putra. Tangisanku menitis ke bibir Natasya, yang dalam ribaan aku. Apa yang telah aku lakukan. Aku mengakhiri nyawanya. Insan yang aku sayang kini telah pergi buat selama-lamanya. Aku pembunuh! Aku meraung keseorangan dan mendakap dirinya erat-erat. Tak mahu aku lepaskannya. Lagu kami, aku dendangkan dalam tangisanku yang begitu sendu sehingga aku disambar kenangan bersama Natasya, sayangku...


Atas nama cinta kita berdua

Ku bersumpah...

Atas nama cinta kita, sayang.

Kau milikku dan Ku milikmu...




“Putra, Tasya gembira sangat! Tasya beruntung kerana Putra selalu ada untuk diri Tasya. Tasya kalau marah pun, Putra tak jemu memujuk dan menyayangi Tasya. Sayang Putra!” Insan yang manja dan manis, beliau tidak jemu mengungkapkan kata cinta yang tulus. Aku senang dengan dirinya. Gadis yang selalu tidak jemu menyayangi diri ini. Aku telah bersama dengannya membina cinta yang suci ini selama sepuluh tahun. Saat-saat yang terindah adalah ketikaku bersama dirinya.


Namun demikian, cinta kami diduga. Tasya mengidap penyakit barah otak. Hatiku hancur bagai kaca yang terhempas jatuh ke atas lantai. Ya Allah, mengapa dia yang harus derita? Mengapa harus dia merana dalam kesakitan? Tasya sememangnya sering sakit kepala, tetapi dia tidak pernah menunjukkan kesakitannya. Dia sering menguntumkan senyuman walau apapun ketika bersama diriku. Aku sebak. Aku pilu tatkala merenung wajahnya yang lemah longlai. Hubungan kita semakin erat pada masa itu. Aku tidak sanggup melepaskannya walaupun sesaat. Aku seperti menjadi gila apabila doktor menyatakan bahawa Tasya hanya tinggal beberapa lagi bulan untuk hidup. Aku tak sanggup! Aku tak sanggup berjauhan dengannya! Tidak aku duga, kami diuji gelombang waktu. Terseksa batinku melihat dirinya merana. Namun demikian, apakan daya, aku hanya mampu melihat dan merintih sayu ketika aku fikirkan apa yang akan berlaku jika Tasya pergi nanti. Tidak dapat aku membohongi perasaan aku yang ingin melihat Tasya aman dan terlepas dari seksa penyakitnya yang sering menyerangnya sehingga dia tidak sedarkan diri selama beberapa hari. Aku merintih setiap malam dan akan aku ingati dirinya hingga ke akhir hayatku. Mengapa hati kerinduan kini? Apa aku melakukan yang sewajarnya?


Aku membaringkannya dengan perlahan di atas katil hospital itu. Doktor dan jururawat bergegas masuk untuk cuba menyelamatkan diri Tasya yang tiada bernyawa lagi. Aku tersandar di tembok sebelah katil itu. Aku merintih seperti tiada hujungnya kesedihanku itu. Aku tahu, tentu Natasya, sayangku, kini sudah aman bersamaNYA. Aku tidak mahu dia derita. Cukuplah dia diseksa batinnya dan juga badannya yang kian kurus seperti sebatang lidi. Rangka-rangka tubuhnya jelas kelihatan kerana nafsu makannya semakin berkurangan apabila penyakit ini memakan dalam dirinya.


Pergilah sayang. Putra doakan, sayang akan hidup sejahtera di sana, bersama mereka yang dikasihiNYA. Sebak. Jika ditakdirkan demikian, kau tetap aku ingati...


“Maaf makcik, pakcik. Anak pakcik sudah tiada.”


Hanya itu yang diucapkan doktor, lalu beliau pun keluar supaya ibu bapa Natasya dapat melihat anak kesayangan mereka untuk kali terakhir. Jenazahnya diusung dan disemadikan pada hari itu juga.


Malam kelihatan begitu sayu, seperti merintih atas kepergian Natasya. Aku tidak dapat membohongi perasaanku yang sayu dan bercelaru. Ketika ini, saat ini, Natasya sudah tiada. Tiada lagi di sisiku. Tiada lagi menghiasi hidupku. Tiada lagi belaian manjanya. Tiada lagi tawa riangnya. Tiada lagi senyuman manis untuk menceriakan hidup ini. Aku menangis sepuas hatiku. Aku terduduk di tepi katil dan hanya mengusung rindu dan kesedihan keseorangan. Seperti orang gila, aku mendendangkan lagu kami. Tatkala aku diusung kepiluan, aku terdengar suara yang mendayu-dayu menyanyikan lagu cinta kami berdua. Aku turut menyanyi bersama. Curahan airmata kian mengalir dengan deras.


Aku melihat wajahnya yang ayu dan berpakaian serba putih,suci dan anggun, memandang diriku di suatu sudut kamarku. Dia datang dekat kepadaku dan mengusap umbun-umbunku.


“Sayang, Tasya tak ingin lihat sayang sebegini. Ini sudah takdir Illahi, sayang. Tasya harus pergi. Terima kasih sayang, kini Tasya aman di sana, tidak lagi terseksa jiwa dan batin Tasya. Putra, janganlah ditangisi lagi kepergian Tasya. Hubungan kita dan cinta kita akan tetap kekal tersemadi dalam jiwa kita. Tasya tidak akan aman jika Putra terus sebegini. Ingatlah sayang, Kau milikku dan Ku milikmu....”


Deruan bayu melenyapkan dirinya yang datang bagai bidadari dari kayangan. Haruman dirinya tidak dapat aku bayangkan. Amanlah Tasya di sana. Putra tahu, sayang akan senantiasa di dalam hati Putra. Kenangan lalu tak mudah dihapuskan, semuanya terukir di hati. Kau tetap aku ingati...